HOME ABOUT TUTO FREE FRIENDS DASH FOLLOW
Disclaimer Board

Hy haters please click Here

Tagboard


Archives


Credits

Template by : AnugerahSalsa and DhyaniParamita
Basecode by : Farah Adriana
Best view only in Google Chrome.

I Won't Stop Dreaming!

Entry updated on Ahad, 28 Disember 2014
Entry got 0 comments | Fly to top!

Qasrina memiliki impian besar mahu menjadi seorang penyanyi! Gadis itu memang berbakat juga dan suaranya juga boleh tahan merdu. Namun,Qasrina kerap merendah diri dan adakalanya begitu tidak yakin.

Kali pertama Qasrina menyertai ujibakat,entah kenapa Qasrina begitu gugup dan berpeluh! Suaranya juga seakan hilang dan dia terasa mahu rebah disitu juga! Kesudahannya, Qasrina gagal dan pulang dengan kegagalan. Tentulah sangat-sangat-sangat kecewa!

"Kalau tiada bakat,baik engkau balik kampung tanam jagung sahajalah! Setakat budak gila glamor macam engkau ini memang tak layaklah!"

"Kalau engkau cermin diri engkau,memang sah-sah tiada bakat,muka tidak cantik dan tak hot baik engkau tak payah masuk!

"Dah gagal engkau nak ulang lagi sekali kegagalan engkau? Kalau aku dah lama serik."

"UPSR belum lepas ada hati mahu jadi popstar? Haptuih! Nyanyi macam haprak! Suara aku lagi okay!"

Qasrina seakan tidak dapat menerima kesemua tohmahan gara-gara dirinya memuat naik cover song yang dinyanyikan semula olehnya. Rakan-rakannya yang disangkakan menyokong,sebaliknya hanya mengutuk. Qasrina sudah putus asa!

" I won't stop dreaming! Because with dream,there'll be a hope and there's a will! And that's my dream!"hanya satu-satunya kata positif yang dapat Qasrina katakan supaya dia terus kuatkan diri!

And I'll prove it!
Itu janji Qasrina.